Bunga Yang Bertuah
http://bungabintinordin.blogspot.com/
kalau aku tak update itu tanda aku busy.maaf
Friday, August 28, 2009
Posted by Bunga Hanna Binti Nordin at 4:29 PM 6 comments
Labels: the bunga, the nordins
ikut kata orang-orang tua.
Thursday, July 23, 2009
orang-orang tua kita memang banyak berkata.
jangan duduk kat tangga,nanti lambat dapat jodoh.
jangan menyanyi sambil masak, nanti kahwin orang tua.
jangan menyapu malam-malam, nanti rezeki hilang.
jangan menyabung, nanti emak mati.
dan macam-macam lah.
ada satu pesan orang-orang tua yang memang akan aku ingat
sampai bila-bila.
satu tengah malam tu,
aku ke dapur sebab lapar. orang tak tidur malam memang lapar.(macam tikus).
aku bukak tudung saji kot-kot ada makanan.
dan aku...
*terkejut.
*sengeh.
*gelak tak hengat dunia.
esok paginya, bangun-bangun jer aku terus carik anak buah aku Insyeera yang darjah 1 tu.
AKU : Insyeera.. naper semalam makan tak abis?
INSYEERA : makan apa?
AKU : cuba tengok bawah tudung saji tu
Insyeera pun pergilah bukak tudung saji tu..
INSYEERA : owh... bukan makan tak habis la Acu.. kan Wan (or nenek) kata... jangan makan kepala ikan.
nanti jadi bodoh..
AKU : masalahnya tu Bahulu Bentuk Ikan... bukan ikan betul....
INSYEERA : haaaa.. erk..
p/s : jangan salah konsep.
Posted by Bunga Hanna Binti Nordin at 4:23 PM 16 comments
Labels: the nordins
sang Mama atau sang Abah
Sunday, July 05, 2009
akak2 aku mempunyai anak yang ramai.
(aku ada potensi jugak ni.hik hik.insyaAllah.Amin)
satu situasi, Kak Intan (bukan nama sebenar,dan bukan refer kepada cerita indon
yg beratus2 episod kat astro tu.mak aku suka betul cite tu)
Kak Intan ada 4 org anak.
Yg sulung dah darjah 6.
Setiap kali sebelum anak2 akak ni mandi pagi..
akak akan sediakan apa yg anak2 ni akan pakai untuk hari ini.
seluar,baju,spender dan lain2 (kalau ada).
semua ni akan diletak atas katil, bersusun2.
ini untuk along,ini untuk angah,ini untuk alang,ini untuk adik.
tabiat ini dah jadi rutin.
setiap hari memang akak akan siapkan pakaian mereka dan letakkan nya atas katil.
apa yg membuat akak aku ni bising..
'korang ni.. mama dah siapkan semua nya pon nk bersepah2 lagi. nak tanya lagi baju mana
seluar mana..kan mama dah siapkan semua.tak boleh ker korang berdisiplin dan berdikari
sikit...'
lantas... suaminya Abg Rado...
(bukan nama sebenar dan tetap masih bukan refer kepada cerita indon
yg aku mention tadi)
'mcm mana anak2 tu nak berdikari.awak siapkan semuanya.aturkan semuanya.
sebab tu mereka tak boleh nak cari sendiri. ikutkan saya.. saya takkan tunjukkan.
awal2 lagi saya akan cakap.. Abah nak korang urus sendiri.cari sendiri..'
so guys.
what say you?
korang rasa cara sang Mama, atau sang Abah yang lagi berkesan?
explain why ;)
(hahaha.. dah macam soalan SPM)
p/s : terasa diri sendiri tidak lagi terlalu muda utk prepare benda2 ni.tu yang mintak pendapat tu.
Posted by Bunga Hanna Binti Nordin at 8:54 PM 32 comments
Labels: the nordins
mungkin kamu juga hairan dan pelik
Wednesday, June 24, 2009
ramai org kata aku pelik.
pelik sgt ker aku?
hanya kerana aku berak dengan pantasnya.
( owhh maaf. aku sudah bersetuju dgn Farah utk tidak menggunakan perkataan berak. utk tampak lebih sopan. aku berjanji utk menggantikannya dgn beri. )
tapi memang.
aku beri dgn sangat mudah dan pantas.
hairan juga aku.
kenapa org lain beri begitu lama.
siap boleh baca surat khabar.
baca majalah.
lama betul.
dan yang paling aku hairan.
kenapa ramai sang lelaki kalau mahu beri... mahu hisap rokok juga.
apakah kalau tiada rokok itu, beri nya tidak akan terkeluar?
owhh... aku mmg hairan yang itu.
tapi tak tipu..
sungguh.
aku beri dgn pantasnya.
tak percaya tanya sama Farah.
hey kamu.
jawablah pertanyaan aku.
Posted by Bunga Hanna Binti Nordin at 4:05 PM 52 comments
Labels: the bunga

